Merdeka Merdeka Merdeka

Sunday, August 31, 2008

Hari ini Merdeka.

Kami bangun sangat awal hari ini kerana menghantar Tuk & Wan ke lapangan terbang. Mereka hendak terbang ke Mekkah untuk umrah selama 34 hari.

Sesampainya kami di lapangan terbang, seudah ramai saudara-mara yang sudah tiba. Ada Mak Ndak, Pak Ndak, Yazzir dengan tunang cute, Mak Ngah dengan Ati, Ida & K.Ina Besar, ada Pakcik Awi, Makcik Ros, Mira, Shzan, Shahmi, Sara dan semestinya ada Mak Lang, Pak Lang, Nissa, Arissa, Imran, Irfan dan Ayah (Pak Long) dengan Faiz & Firdaus, Pak Su and Maksu with Hadif.

Kami berlari-lari dan terjerit-jerit saling tak tumpah macam mo-nyet di zoo. Wan dah pening kepala tengok cucu-nya yang hyper active.

Saya dan sepupu yang lain sangat excited nak pergi main di tempat permainan yang ada kalapterbang itu. Tapi Mummy, Daddy, Mak Lang dan semua orang-orang tua yang lain menjegilkan mata mereka dengan rakusnya sambil kata "Tunggu Tuk & Wan masuk dulu la"!

Berkali-kali kami bertanya dan mereka buat derk aje. Ish!

Tidak lama lepas itu, Tu & wan mula bergerak kepintu masuk. Semua orang bersalam-salaman dan kami ditolak unuk bersalaman denga Tuk & Wan. MakSu nangis. Agaknya MakSu risau sapa nak bangun masak sahur untuk dia. Mummy cool ajer.

Fooh. Lepas tu kami berlari-larian ke Anjung apatah dimana kami menjakunkan diri melihat kapal-terbang. Lepas tu barula kami ke tempat permainan itu. Kami makan ayam kay-eff-see PakcikAwi belanja. Sungguh meriah.

Selepas sejam bermain, kami semua pulang selepas sekali lagi sesi bersalaman. Tapi kali ini orangorang tua sedang merancang untuk buat potluck buka puasa di rumah MakNdak si Seremban. Mummy happy aje.

Tak sampai rumah lagi, saya dah zzzzz atas Mummy dengan Adani juga. Kami mergaduh berebut sapa nak duduk atas Mummy. Mummy lenguh tangan.

Itula saje pengalaman merdeka saya tahun ini.

Ohh lupa. Sepanjang hari Aliya & Ayisha nyanyi lagu Eyes of The World dengan Gemilang. Isshhh .. orang nak dengar lagu Ketahuan pun tak boleh. Ising la!


Yang cute & suka kacau kakaks,

ARIZ

6 growls by fellow growlers ...:

Diah said...

hahaha abang Ariz yg cute... :P ciaan ibu lenguh...

Unknown said...

ariz punya entry ke ni? patutlah, lain mcm je gaya bahasanya.. *wink* hihi - sowwy, mummy ariz!

Gartblue said...

diah .. mmg lenguh tangan .. berebut punya pasal ..

lana .. crappy eh? cisss!! ...

elisataufik said...

pandainya Ariz tulis..

:)

Gartblue said...

elisa .. ha ha .. welcome back err "abroad" ! miss your writings and your cookings. get cracking sis!

Anonymous said...

hello excuse me, pembetulan sikit... mana ade nangis, selsema ok... from maksu ariz...